Flotila Sumud Global 2026 · Catatan Tanpa Tapisan
Acuan pistol
tepat di muka.
Ini apa yang terjadi
selepas itu.
Seorang anak muda Malaysia berusia 25 tahun. Sebuah dron. 60 buah kapal berlayar menuju Gaza. Sisi gelap yang tidak pernah ditunjukkan dalam berita ditulis oleh insan yang berada di lapangan.
Baca dahulu. Nilai kemudian.
Nama saya Haroqs.
25 tahun. Anak muda Malaysia biasa. Pengendali dron. Saksi hidup
Gema radio kapal memecah sunyi dek dengan amaran keras:
"Sila hentikan kapal anda."
Lampu limpah menyergap dari segenap sudut. Laras senjata diacu rapat. Tiga kapal tentera Israel mengepung kami kiri, kanan, dan hadapan. Dalam pekat malam itu, saya terpaksa membuat satu perkiraan drastik yang tidak sepatutnya dilalui oleh seorang anak muda berusia 25 tahun.
Saya mencampakkan dron saya yang bernilai RM18,000 ke dalam laut.
Ketua misi menjerit mengarahkan kami mengangkat tangan. Tentera elit mereka melompat naik ke geladak. Untuk beberapa jam berikutnya, saya menjadi tawanan mereka.
Namun, kisah ini bukan bermula di situ.
Ia bermula 40 hari sebelum itu, ketika saya melangkah kaki ke atas sebuah bot kecil bernama Alcyone, salah sebuah daripada 60 buah kapal dari pelbagai negara, dalam usaha tekad menembus tembok Gaza. Demi merobek sekatan maritim yang telah mencengkam selama 18 tahun. Demi meletakkan lensa kamera di tempat yang diharamkan oleh dunia.
Inilah coretan sebenar apa yang telah berlaku.
Apa yang dipapar di media, banyak yang disembunyi.
Dunia hanya melihat siaran langsung di TikTok. Mereka melihat kibaran bendera. Mereka mendengar laungan semangat di pelabuhan.
Namun tiada siapa yang tahu jerih perih sepanjang 40 hari itu.
Ada satu detik getir di pertengahan laut antara Greece dan Turki. Enjin bot kami rosak menyembah bumi di tengah lautan luas, terpisah daripada konvoi flotila, hanyut dipukul badai malam tanpa sebuah pun kapal lain kelihatan. Saya terduduk membuat hitungan sendiri. Jika mereka menemui kami di sini, sendirian tanpa saksi dan tanpa liputan media, apa yang akan terjadi pada kami?
Saya mati kutu. Tiada jawapan.
Kami berdepan serangan dron. Tembakan meriam air. Pintasan ganas pada jam 10 pagi, dalam terang cahaya matahari di perairan antarabangsa, ketika saya sedang bersiaran langsung di TikTok. Ada malam yang hanya berbaki dua jam tidur. Hari-hari dilalui tanpa makanan yang sempurna. Ada ketikanya saya termenung sendirian, benar-benar tidak tahu sama ada saya masih bernyawa pada jam yang seterusnya.
Fasa paling perit adalah apabila terpaksa menerbangkan dron sejauh 3 kilometer ke arah kapal perang Israel, menyaksikan detik sekatan itu berlaku secara langsung melalui paparan skrin, dan menyedari bahawa rakaman yang sedang saya ambil adalah satu-satunya bukti sahih kepada dunia bahawa kezaliman ini terjadi di perairan antarabangsa.
Dan kemudian menerima arahan muttamad untuk berpatah balik.
Sambil menyedari di hadapan sana, hanya beberapa batu sahaja lagi, letaknya bumi Gaza. Dan kami... tidak pernah sampai.
Saya juga bukan seorang yang berani.
Tumpah juga air mata saya sendirian sepanjang 40 hari itu, tidak terhitung banyaknya. Saya sering bertanya pada diri sendiri, berkali-kali, mengapa saya menjerumuskan diri dalam jalan ini. Saya hampir berpatah balik di Marmaris apabila semua orang di sekeliling mengatakan risikovya terlalu tinggi untuk digalas. Ada malam-malam yang saya tidak dapat memejamkan mata, bukan kerana mabuk laut, tetapi kerana minda ini ligat membayangkan senario terburuk yang enggan difikirkan.
Namun saya tetap melangkah ke hadapan. Bukan kerana saya kuat. Tetapi kerana saya telah faham satu hakikat yang tidak lagi boleh saya padam daripada ingatan:
Anak-anak di Gaza tidak pernah meminta untuk dilahirkan dalam kancah penderitaan ini. Mereka hanya mahu ke sekolah. Mahu makan dengan tenang. Mahu bermain bola sepak. Perkara asas yang kita nikmati tanpa sedar setiap hari.
Misi ini bukan pentas untuk saya menjulang nama sebagai wira. Ia adalah amanah untuk memastikan dunia tidak boleh lagi berpurapura memejamkan mata.
Dan setiap apa yang saya saksikan, setiap detik ketakutan, setiap ruang sempit antara hidup dan mati, setiap doa yang dipanjatkan pada jam 3 pagi di atas dek yang terumbang-ambing, semuanya saya titipkan dalam tulisan. Supaya anda juga dapat merasainya.
Inilah naskhah ebook tersebut.
Gaza di Hujung Laut,
Doa di Hujung Nyawa
"Biar lautan menjadi saksi. Generasi muda akan mewarisi apa yang kita perjuangkan."
Ini adalah catatan saksi utama, digarap dalam garis masa antara ketakutan dan keimanan, di tengah lautan, di dalam sel tahanan, and dalam keheningan selepas segala-galanya ranap.
Di dalam naskhah ini, anda bakal menelusuri apa yang gagal dihidu oleh stesen berita. Apa yang sengaja digugurkan daripada kenyataan media. Apa yang hanya diketahui oleh mereka yang benar-benar mempertaruhkan nyawa di atas dek.
Bukan sekadar bab demi bab. Tetapi helaian detik-detik penting.
Setiap bahagian adalah cebisan realiti yang benar-benar terjadi.
-
Detik yang gagal dirakam kameraKebakaran ruang enjin. Malam-malam yang hanyut sepi. Konflik dalaman kru kapal yang tidak pernah dimuat naik ke media sosial. Jam-jam mendebarkan sebelum kapal dipintas, ketika masing-masing berpura-pura tenang padahal jiwa berantakan.
-
Menerbangkan dron membelah kapal perangJarak 3km. Bateri berbaki 30%. Kapal perang Israel hanya 100 meter di hadapan. Ini adalah apa yang dirasai oleh sang pengendali yang memegang kawalan dan mengapa saya tetap meneruskannya walaupun maut menanti.
-
Detik pintasan musuh, secara masa nyata (*real-time*)Kronologi sebenar saat tentera komando melompat masuk menakluk dek. Jeritan di radio. Gari yang mencengkam pergelangan tangan. Detik hitam apabila saya memutuskan untuk membuang dron. Ditulis mengikut apa yang terjadi, bukan naratif indah yang diolah pihak media.
-
Di dalam sel tahanan Israel48 jam yang panjang. Tangan terikat padat. Mata digelapkan kain. Dipaksa menandatangani dokumen dalam bahasa asing yang langsung tidak saya fahami. Apa yang mereka gertakkan, apa yang mereka sembunyikan, dan apa yang berputar di minda saya sepanjang tempoh itu.
Seluruh aset dan kelengkapan dokumentasi yang dipertaruhkan demi sebuah misi kemanusiaan.
Bagaimana mungkin kita meletakkan tanda harga pada 40 hari yang digadaikan di gerbang maut?
Saya sendiri tidak mempunyai jawapan untuk itu. Jadi, biarlah saya kongsikan apa yang telah kami tetapkan bersama.
Naskhah digital ini dibuka sepenuhnya mengikut kaedah sumbangan serendah **RM14.90**. Sekali bayar, anda dapat akses penuh dan ebook ini menjadi milik kekal anda.
Sekiranya anda mempunyai rezeki lebih dan melihat nilai kebenaran di dalam naskhah ini melampaui angka minimum tersebut, **anda sangat dialu-alukan untuk meletakkan amaun sumbangan yang lebih tinggi** mengikut keikhlasan pada borang pembelian di bawah.
Keputusan anda untuk menyumbang bukan satu perkara kecil. Ia bermakna anda memilih untuk menjadi sebahagian daripada perjuangan yang terus hidup melampaui helaian kertas ebook ini.
Ebook ini bukan untuk semua orang.
Dan saya menyebutnya dengan jujur, bukan sekadar teknik psikologi jualan. Sesetengah orang sememangnya tidak patut membeli naskhah ini.
- Jika anda mencari bahan bacaan yang santai dan selesa Ini bukan penulisan motivasi yang menceritakan keindahan. Ini adalah catatan jujur tentang apa yang terjadi apabila rancangan menjadi kucar-kacir, apabila manusia terluka, and apabila misi tersebut gagal pada fasa yang paling kritikal. Ia tidak ditulis untuk membuat anda tersenyum senang. Ia ditulis agar mata anda terbuka luas melihat kebenaran.
- Jika anda sekadar mahu orang lain yang bertindakEbook ini tidak memberi apa-apa impak sekiranya selepas membacanya, anda kembali menjalani kehidupan harian seperti tiada apa yang berlaku. Ia bukan pengganti kepada tindakan. Ia ditulis khas untuk mereka yang berfikir, and mahu berfikir dengan lebih tajam.
Namun sekiranya anda bukan dalam kalangan golongan di atas, jika anda adalah insan yang benar-benar dahagakan kefahaman tentang apa yang berlaku di laut luar sana, bukan sekadar versi yang telah ditapis dan diluluskan stesen berita, sila teruskan membaca.
Anda mempunyai tiga pilihan di hadapan mata.
Tiada satu pun bersifat neutral. Malah tidak melakukan apa-apa juga adalah satu pilihan.
Tutup halaman ini. Kembali ke rutin biasa anda.
Isu Gaza kembali lenyap daripada radar hidup seharian anda. Anda kekal berada dalam zon selesa. Tiada apa-apa yang berubah, baik untuk diri anda mahupun untuk mereka di sana. Ini adalah pilihan paling mudah, dan sentiasa tersedia pada bila-bila masa.
Kos: Tiada. Impak: Kekal sama.Kongsi satu hantaran. Letak bendera di bio. Rasa peduli.
Ia terasa seperti kita sudah menyumbang sesuatu. Kadangkala ia membantu menyebarkan kesedaran awam. Namun, ia tidak meninggalkan impak yang kukuh di alam nyata, tiada dokumentasi sejarah, tiada rekod penulisan, dan tiada dana padu untuk menggerakkan apa yang seterusnya.
Kos: Tiada. Impak: Sekadar di permukaan.Baca realiti sebenar. Jadi sebahagian daripada sejarah.
Sumbangan terbuka bermula RM14.90 memberikan anda akses kepada keseluruhan sejarah tersembunyi ini. Malah, ia menyumbang terus ke dalam tabung penerbitan dokumentari, memastikan bahan bukti visual dari bilik kawalan dan serbuan sampai ke mata dunia.
Kos: Dari RM14.90. Impak: Melekat dalam jiwa.Dua daripada pilihan ini tidak memerlukan kos. Namun hanya satu yang benar-benar membawa makna.
Hari ini, saya sudah menemui jawapannya. Namun jawapan itu akan kekal "Ya" hanya jika ada insan lain yang sudi menyambut dan membawa obor kisah ini ke hadapan.
Tanggungjawab saya di lautan telah selesai.
Kini, giliran tanggungjawab anda di daratan.
Anda tidak perlu melangkah kaki ke atas kapal pengangkutan. Anda tidak perlu bersemuka dengan kapal perang tentera. Anda tidak perlu mencampakkan barangan berharga anda ke dalam Laut Mediterranean.
Tugas anda hanyalah membaca. Dan membiarkan apa yang benar-benar terjadi kekal sebagai satu kebenaran. bukannya membiarkan ia tertimbus di bawah kitaran berita hiburan yang seterusnya.
Sila skrol ke bawah sedikit untuk mengisi butiran OnPay anda. Sila pilih ebook, bilangan unit dan masukkan jumlah.